Wednesday, December 24, 2014

Dana untuk Beras - Bantuan bencana banjir Terengganu

Bismillah...

Para dermawan yang dikasihi, ekoran bencana banjir yang menimpa kebanyakan daerah di Terengganu, DPPNT memohon jasa baik para dermawan untuk menyumbangkan beras kampit 5kg sebanyak 1500 kampit. Usaha ini akan dioptimumkan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini (Isnin).

Sehubungan dengan itu, pihak kami membuka pakej sumbangan ini samada sumbangan secara wang tunai bernilai RM 10.00 atau beras kampit 5kg.

Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun Maybank, Dana Taawun DPPNT (563064113873).

Pihak tuan/puan boleh hubungi pihak kami melalui talian 0162115591 (Hishamuddin) atau 0139229463 (Nasir) atau 0199389884 (Ramlan).

Sumbangan beras kampit boleh disalurkan terus di kaunter Bantuan Mangsa Banjir di hadapan Pasar Batu Enam yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus.

Sekian, terima kasih.

Y.B Ust Hishamuddin Abdul Karim
Timbalan Ketua DPPNT
22 Dis 2014

No comments:

Post a Comment